Want your
own Fotopage?








 
Memori Anggur Tropika
Anggur Malaysia
By: dol msap

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 3-Aug-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
Arnab beranak lagi

 
Arnab kat bawah pokok anggur tu beranak lagi..kali ni tiga ekor..Mintak2 panjang lah nyawanya..

Anggur saya ditanam dibawah struktur lindungan hujan. Jadik arnab saya tak basah kalau hujan, kecuali masa hujan lebat sangat-sangat. Anak arnab memang tak tahan kena hujan, kalau sejuk sangat ada yang meninggal!!!! Thu 19-Aug-2010 14:43
Posted by:dolms  - [Link]
NAK TANYA SIKIT BOLEH. TEMPAT NI KA MANA YA. MAK CIK ADA TANAM POKOK ANGGUR NI DALAM PASU. DULU UNTUK HIASAN BAGI REDUP LAMAN AJA. BELI ANAK BENIH KAT SUNGAI BULOH. TAK SANGKA PULA HIDUP GEMUK DANBERBUAH. MULA INGAT BUAT NYA HIJAU. TAPI BILA BIARKAN BUAHNYA MERAH KEHITAMAN. TAK TAHU JENIS APA. MANIS JUGA RASANYA. BUAH MULA ADALAH LIMA TANGKAT KECIKX. NI DAH BERBUAH BALEK. ADA YANG PANJANG SIKIT TANGKAINYA. BATANGNYA DAH BERPUSINGX BENGKANG BENGKOK. MAK CIK NAK ALEH KEDALAM GELONG LONGKANG, ATAU PASU BESAR. TAPI AKARNYA DAH MASUK DALAM TANAH. MACAM MANA NAK BUAT TU. ADA ORANG MINTA BENIH. TAPI MAK CIK TAK TAHU NAK SEMAI. POKOK MAK CIK NI TAK PERNAH BUBUH BAJA PUN. MAK CIK HANYA BUBUH RUMPUT KERING SELEPAS POTONG RUMPUT. BILA POKOK NI BERBUAH, MAK ADA BELI LAGI SATU POKOK. TAPI POKOK KERDIR DAK BESARX. HARAP DAPAT NASIHAT DARI YANG PAKAR. Thu 16-Sep-2010 02:54
Posted by:Aunty KRrie  - [Link]
Auntie, lokasi saya di Bukit Mahkota Bangi (sebelah Nilai 3), kalau dari description u, anggur u jenis Isabela. Anggur ni kalau dibiarkan pun berbuah tetapi tak berapa cantiklah. Kalau nak nampak cantik dan teratur kenalah buat prunning.Kalau pokok dah berserabut seperti ini saya biasa buat prunning dalam dua peringkat. Peringkat pertama, saya pilih cabang2 yang kasar dan buat keratan pada pangkal cabang2 tersebut. Bila tunas2 baru tumbuh, saya pilih tunas2 yang sihat untuk dibiarkan besar, yg lain saya buang. 5-6 bulan kemudian saya kerat semula tunas yg dah besar tadi pada paras 5 mata tunas (helai daun) dari pangkal. Maybe masa ni ada bunga2 akan keluar bersama tunas2 yg keluar. Faham ke tidak cara saya ni, saya je yg faham. Kalau nak details dan praktikal jemputlah datang ke taman anggur saya. email saya dan saya akan bagi address dan contact no. Thu 21-Oct-2010 15:04
Posted by:dolms
View all 5 comments Add comment


Saturday, 10-Apr-2010 02:30 Email | Share | | Bookmark
Terbaru di Laman Anggur Mahkota

Arnab pun dah bertambah
Anggur IAC
Gugusan anggur IAC
Hari ni hujan turun tak berhenti dari pagi. Ok jugak tu sebab tak yah nak siram pokok hari ni tapi tak dapatlah nak buat kerja2 yg biasa dibuat di taman. Jadik adalah masa nak update skit fotopages ni..Anggur saya sekarang ni dok galak berbuah, selepas guna tinja arnab ni kadar pertumbuhan nya pun cantik dan buahnya pun dah ada yg panjang gugusannya..

bestnya tanam anggur..tp lg best kalu yu besarkan pic tu..huhuhuhu...lg berseri2...
Sun 11-Apr-2010 04:30
Posted by:nuanza  - [Link]
Add comment


Sunday, 21-Mar-2010 14:47 Email | Share | | Bookmark
Arnab dan Anggur

 
 
Sekarang saya dah bela arnab kat bawah para anggur. Arnab ni pulak bukan main suka makan pucuk anggur, so memang sesuailah arnab ni duduk bawak pokok anggur...

Add comment


Friday, 20-Nov-2009 14:37 Email | Share | | Bookmark
Latest dari Laman Anggur Mahkota

daun anggur yg subur, lebar pinggan
Benih anggur tumbuh dari biji
Buah anggur IAC selepas dibuat penjarangan
View all 4 photos...
lama tak update sini...

Ada banyak cerita baru nak kongsi. Musim hujan ni anggur saya naik bukan main subur, lepas letak baja, daunnya naik bukan main subur sampai selebar pinggan...

Saya juga cuba nak semaikan benih anggur melalui biji, ada juga yg hidup, tapi tak lama, bila kena hujan terus je hangus macam kena racun pulak, agaknya air hujan kita ni asidnya tinggi kot

Saya juga ada buat experiment, nak jadikan buah anggur tu besar sikit, teknik yg digunakan, penjarangan buah. Senang je, buang seberapa banyak kira2 50% putik anggur...

Kalau tak salah saya, mmg kena buat penjarangan buah untuk besarkan buah anggur, foliar pon kena sembur gak kot. Yg foliar saya tak pasti, tapi yg confirm kena buat penjarangan la. Tue 15-Dec-2009 13:25
Posted by:Mohd Ashraf  - [Link]
Add comment


Friday, 31-Oct-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
Anggur di rumah baru

Buah anggur hijau - asal china
Lagi anggur dari china
Anggur jenama muscato di amburgo yg dibawa dari itali.
View all 4 photos...
Dah lama tak update fotopages saya ni. Bukan apa, camera dah rosak dan kebetulan saya pun dah pindah rumah dari Seri Kembangan ke Bandar Bukit Mahkota di Bangi, Selangor. Ini adalah gambar terbaru buah anggur di taman anggur saya

hai dolms, u ade ke buah benih dalam beg polibag dan keratan batang aje. kalu ada aku nak beli. aku ade buyers utk benih aggur tu. I kat rawang, selangor. U kat ne? Keratan batang berapa harga? reena 017-2396413 http://forumtani.50gigs.net Fri 18-Sep-2009 12:23
Posted by:reena  - [Link]
salam bro dolms, lama tak masuk sini..bizi ker?

saya ade tanam anggur 2 pokok, sekarang ni berputik dah lepas aku cantas semua daun yg ada..nak m*#*pus raser..tapi takpe, pengalaman.... aku tanam anggur merah. cuma nak tau camana nak bagi manis? kot la masam nanti..huhu, aku setakat letak tinja arnab jer..cukup ker?
Fri 15-Oct-2010 06:27
Posted by:buya
askum Dolms, saya ingin melawat tempat penanaman angor dolms...blh email saya at buanie.affandi@gmail.com Sun 7-Nov-2010 05:18
Posted by:Buanie
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 13-Jun-2006 01:51 Email | Share | | Bookmark
Buah anggur di Taman U Indah

Anggur hijau yg berbuah lebat
cantik tak...
Gambar terbaru anggur di rumah saya.....

muhamadnajibismail@yahoo.com.my
Thu 23-Feb-2012 08:03
Posted by:najib
salam... saya baru dlm hal ni.. nak tanya, di mana dan bagaimana saya boleh dapatkan benih anggur ni? utk pengetahuan saudara saya di kota kimabalu sabah
Sun 4-Mar-2012 07:32
Posted by:ali
Assalam.. Tuan, saya ada menanam pokok anggur, atas tanah tepi pagar rumah. Nampaknya pokok sihat, daunnya sebesar pinggan. Masalanya tak berbuah. Boleh tuan sedekah sikit ilmu2 yg diperlukan utk bagi dia berbuah dgn baik. Bantuan tuan amat dihargai & didahului dgn ribuan terima kaseh - azizan Tue 10-Apr-2012 02:58
Posted by:azizan
View all 56 comments Add comment


Friday, 23-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Gambar dari kebun dol

Anggur ku berbungalagi
Buah markisa pun dah berputik
Bunga tongkat ali
View all 4 photos...
Selain anggur pokok markisa pun dah berbunga. Yang bestnya pokok tongkat ali yg berumur 2 tahun pun berbunga dan mula berputik

saya ada jual pokok markisa. gerenti dapat hasil dalam 6 bulan. dah boleh jual dalam masa 6 bulan. contact saya wafi 0174998849 atau 0103888095. Boleh lawat ladang kami di perak. Sat 19-Dec-2009 13:09
Posted by:wafi
saya pelajar tahun 2 diploma pengurusan ladang kat uitm..blajar tntang pokok...leh x klau nk prktikal kat ladang encik??? Sat 23-Jan-2010 03:10
Posted by:bosu
bongsu, nak praktikal macamana? e-mail saya untuk lebih detail Sun 24-Jan-2010 13:22
Posted by:dol
View all 30 comments Add comment


Friday, 1-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lagi gambar anggur

Anggur kuning melaka
Tersenyum dengan hasil yang dituai
Bunga anggur khas untuk sesiapa yg lum penah tengok
Lama dah tak update gambo kat sini...

Encik Dol,
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengatahuan tentang anggur.
Harap akan berjumpa awak bila saya ke kl minggu depan.
Best regards.
Fri 29-Jun-2007 10:16
Posted by:JJ
Seronok tengok pokok anggur tu berbuah lebat. Rasa macam nak cuba tanam. Boleh bantu saya dapatkan benih yang sesuai dan info penanaman pokok anggur? Thu 25-Oct-2007 14:03
Posted by:Admiral
ok la tuh(gaya saida af6) Mon 11-Aug-2008 14:35
Posted by:pink chick
View all 7 comments Add comment


Friday, 18-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Buah Anggur IAC yang manis

Anggur IAC
Hari ni ada satu visitor datang ke Nurseri Anggur RCB, Melaka dia dok komplain org punya anggur masam. Malah buah angur yang dibeli kat kedai dengan harga mahal pun tak berapa manis. So i bagi dia rasa buah anggur IAC yang sedang masak ranum. Dia punya komen. puh sungguh sedap dan manis sekali...nah ni dia gambarnya..

wah, seronok tengok anggur tu Thu 17-Jul-2008 13:35
Posted by:melor  - [Link]
saya ada menanam anggur cuma sepohon saja percubaanlah namanya. fuyo...tumbuhla... hampir sehaun sudah umurnya.subur. masalahnya belum berbuah... berapa lama ia akan berbuah? boleh syer sikit.... Fri 19-Jun-2009 06:24
Posted by:othman bin nasir
en. othman, biasa anggur kalau dijaga betul dan sihat pertumbuhan 8-12 bulan dah boleh berbuah tapi kenalah dibuat prunning. Teknik prunning dah dibincang secara panjang lebar di yahoogroup anggurmalaysia. Cuba join group di sana, atau kalau nak personal coaching kena dtg rumah saya lah... Sun 21-Jun-2009 03:33
Posted by:dolms
View all 7 comments Add comment


Sunday, 6-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan xsmsm82 ke taman anggur RCB

dollah and famili
berbincang dibawah pokok anggur
 
gambo-gambo kenangan semasa lawatan geng-geng smsm82 ke rumah den. yang dtg, landewi, maria, dollah, wel, and jenal bekol all the way from kemamang

cool Sun 6-Mar-2005 16:35
Posted by:~farah~  - [Link]
alhamdulillah......... tak dapat pi negeri org yang tanam anggur tempat kita pun ada.
Ni nak bagi tau sikit saya ni seorang pembekal baja Meniral Gunung Berapi kalau nak tengok dia punya buah yang lebat dan penghasilan yang bermutu tinggi silalah layari atau tel saya no.tel 0193869917. Harganya pun murah
Wed 1-Apr-2009 03:56
Posted by:mustaffa bin ali
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com